Tips Memaksimumkan Ruang Dapur Sempit

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber: Google

Sebagai ibu, dah semestinya hidup kita sangat sinonim dengan dapur. Boleh dikatakan banyak masa juga ibu akan berada di dapur. Kiranya penting lah dapur ni, betul tak?

Bila masuk rumah baru, mesti nak tengok rupa dapurnya. Kalau ikut hati, memang nak dapur besar, tapi rumah moden sekarang kebanyakannya dapur kecil sahaja melainkan diubah suai. Walaupun begitu, tetap ada dapur. Kita gunakan ruang yang ada semaksimum mungkin.

Jika ibu lain tinggal di apartmen macam saya, saya kira ruang dapur memang kebanyakannya sangat terhad. Jadi, penting sangat untuk bijak menyusun atur barang dan perabot dapur supaya tersusun dan mudah diurus. Saya, alhamdulillah suami pandai susun perabot dapur, tinggal saya isikan barang sahaja. Nak harapkan saya susun, makin berserabut adalah. Nasib baik suami saya kreatif nak manfaatkan ruang yang ada.

Tips Memaksimumkan Ruang Dapur Sempit




1. Pastikan perabot dapur (almari, kabinet dapur, meja, dapur masak) disusun mengikut ruang. Kabinet dapur boleh dipasang tinggi ke siling, tapi kalau tinggi sangat mungkin susah juga. Tapi sangat menjimatkan ruang. Kalau rumah sendiri, boleh built-in. Tapi kalau rumah sewa, mungkin boleh guna almari dapur / rak gantung.

2. Gunakan laci di bawah meja atau pada almari untuk menyimpan peralatan dapur seperti kutleri, apron dan alatan dapur lain.

3. Menggunakan rod besi sebagai penggantung kuali, senduk dan periuk.

4. Mengecat dapur dengan warna terang. Kalau ada bajet lebih, boleh cat dapur dengan warna sebegini. Boleh memberikan gambaran ruang yang lebih luas.

5. Meletakkan cermin di dapur. Boleh menimbulkan ilusi ruang yang luas pada ruang yang sebenarnya sempit.

6. Manfaatkan ruang pada sudut dapur dengan meletakkan rak sisi. Boleh menyimpan mug atau cawan. Nampak macam koleksi, boleh mencantikkan ruang dapur.



Sebenarnya, ruang yang terhad pun boleh jadi cantik dan nampak luas jika kita bijak menyusun aturnya. Saya pun nak kena susun semula dapur saya. Bila anak dah makin besar, dapurlah tempat yang paling dia suka. Jadi, kena letak semua peralatan bahaya dan tajam di tempat tinggi atau tersorok untuk elakkan kemalangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...