Review Makan: Asam Pedas Opah, PJS


Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Sony Ericsson Xperia Mini

Kedai asam pedas ini antara tempat kegemaran geng makan saya untuk makan tengah hari. Kedainya selesa, pilihan menu pun banyak dan yang penting sedap.

Dah namanya pun kedai asam pedas, jadi signature menu dah pastilah asam pedas. Ada banyak jenis asam pedas untuk dicuba. Antaranya asam pedas ikan pari/jenahak/patin/kembung, ayam, daging, sotong dan udang.

Setiap set asam pedas akan disertakan dengan nasi putih, telur masin, sambal belacan dan timun. Harga setiap set bergantung kepada jenis asam pedas yang dipilih, dalam lingkungan RM6.00 ke RM12.00.

Asam pedas ikan pari

Nasi putih.
Kalau dalam set Asam Pedas, ada telur masin dan sambal belacan

Ada satu hari tu, saya cadang kat suami nak tak cuba makan kat sini. Asam pedas sedap, saya kata. Tapi masa tu, saya kurang sihat, jadi dia saja yang order asam pedas. Sampai bertambah nasi! 

Saya order sup campur dan telur bungkus. Supnya jenis berempah sikit. 


Sup campur


Telur bungkus

Oklah kalau nak cuba, peminat asam pedas sekalian. Cuma satu peringatan, kalau order nasi goreng jenis ada lauk macam nasi goreng paprik atau nasi goreng USA, elok minta dia asingkan lauk tu sebab kuahnya melimpah ruah bila dituang ke atas pinggan nasi goreng; melainkan anda suka makan macam tu lah ya.

Sesiapa yang nak mencuba asam pedas ni, ni alamat kedainya. Dekat dengan pejabat Metrowealth.

Asam Pedas Opah
No 23A, Jalan PJS 5/28,
PJCC,
46150 Petaling Jaya,
Selangor

Selamat berkunjung :)

----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin promosikan produk dan tingkatkan jualan?

Dengan jaringan lebih daripada 700 blog, dapat meningkatkan promosi produk anda.

Untuk sewa ruang pengiklanan di Soho Directory dan pasak iklan anda di carian Google:

Hubungi
Hifzaila Hafni
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah
hifzaila.hafni@gmail.com
019-4603094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...