Resipi Tuna Omelette

Hari ni sibuk mendobi. Suami kerja pula hari ni. Jadi, saya memang nak masak apa yang ada stok di rumah saja. Dan yang penting, cepat. Kalau saya seorang, tak apalah setakat nak makan mi kari semalam, tapi perut anak bujang ni kena la masak yang fresh dari ladang. Hehe.

Di dapur ada stok telur. Ternampak setin tuna flakes. Terlintas nak masukkan tuna dalam telur. Senang. Buat tuna omelette.

Tuna yang saya guna, bukan yang kita selalu sapu atas roti tau. Ini tuna flakes dalam sunflower oil. Sesuai nak buat sos pasta. Kadang-kadang saya memang standby tuna dalam tin yang jenis ni, kalau ada masa lauk basah tak ada. Sekurang-kurangnya taklah bujang sangat nasi goreng saya. Jadi nasi goreng tuna!

Untuk omelette ni, saya cuma siapkan 4 bahan saja. Telur, tuna, daun kucai dan bawang besar. Senang kan? Cer semak resipi di bawah.

Resipi Tuna Omelette

Bahan-bahan:
4 biji telur
1tin tuna flakes (in water/oil)
1/2 biji bawang besar
Sedikit daun kucai
Garam
Lada sulah

Cara masak:
1. Pecahkan semua telur dan pukulkan.
2. Tambah garam dan lada sulah.
3. Masukkan bawang besar, kucai dan tuna.
4. Gaul sebati.
5. Panaskan kuali non-stick.
6. Sendukkan adunan telur hingga menutupi kuali.
7. Bila dah agak masak, lipatkan satu bahagian menjadi separuh bulat.
8. Balik-balikkan. Tunggu seminit dua, angkat dan hidangkan.
9. Sedia dimakan dengan nasi atau roti.

Saya memang tak guna minyak, sebab saya guna tuna dalam minyak. Jadi, sumber minyak datang daripada tuna tin tadi.

Sekali tengok macam apam balik pun ada. Hehe. Apapun, yang penting, anak suka! Banyak jugak dia makan tadi. Seronok tengok. Nanti nak try buat omelette lain pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...