Resipi Sambal Sotong

Kenapa sambal kita selalu tak sama rasa dengan sambal mak kita?

Sebab kita guna cili giling yang dah siap asam garamnya, sedangkan mak kita guna cili kering yang direbus, kemudian dikisar sekali dengan bawang putih dan bawang merah. Sekali kisar banyak-banyak, simpan buat stok dalam peti ais. Cili giling ekspres kita tu, buka peket dan simpan dalam peti ais (sama konsep tapi tak sama rasa).

Saya mula-mula kekok nak sesuaikan rasa bila guna cili giling yang dah siap dimasukkan asam dan garam ni. Sebab macam tak yakin. Nak juga tambah perasa lagi kan. Sudahnya terlebih masam, terlebih masin, kadang-kadang tu terlebih masak (terlalu garing). Sebenarnya, cili giling jenis ni tak perlu ditumis lama, kalau tak, cepat hangit. Maklumlah, konsepnya ekspres. Tumis bawang putih dan bawang merah dan masukkan cili giling tu. Kemudian tambah gula sikit untuk seimbangkan rasa. Memang mudah tapi bila kita dah biasa makan yang lebih sedap, dah tentu lah tak puas kan.

Mungkin yang menjadikan cili kering yang mak kita buat tu lebih sedap sebab cili tu dah tentu cukup masak setelah direbus. Selain melembutkan untuk mudah dikisar, cili tu pun dah masak, jadi kurang risiko cili tak cukup masak semasa menumis. Dan tak perlu tumis lama juga sebab cili memang dah masak. Lepas tu kita sendiri yang perasakan asam, garam dan gulanya. Original gitu. Daripada mula lagi kita yang buat sendiri, plus kasih sayang sebab tu lah sedap :)

Meh saya kongsi resipi Sambal Sotong yang saya buat hujung minggu lepas, inspirasi daripada mak mertua saya.


Resipi Sambal Sotong

Bahan-bahan:

5-6 ekor sotong hidup yang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar cili kisar (dah dikisar dengan bawang putih dan bawang merah)
4-5 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 tangkai daun kari
Gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar.
2. Tumis hingga garing, sesekali kacaukan.
3. Masukkan semua sos, gaul rata. Kalau terlalu kering, masukkan air (sedikit sahaja).
4. Masukkan sotong. Nanti akan nampak sambal macam sedikit berkuah sebab air sotong keluar. 
5. Kecilkan api, biar kuah memekat dan sotong masak.
6. Masukkan daun kari. Kacau rata.
7. Masukkan gula.
8. Seimbangkan rasa masam (daripada sos tomato), masin (daripada sos tiram) dan manis (gula).
9. Tutupkan api. Kuah akan memekat bila dah siap.
10. Hidangkan.

Jangan lupa cuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...