Resipi Mi Goreng Sotong

Kami sekeluarga di rumah sekarang menu makan malam memang yang seringkas mungkin. Bukan apa, masing-masing tak berapa selera nak makan, dah penat nak rehat dan tidur saja. Tapi makan tetap makan, cuma sekarang ni jarang bertemakan nasi.

Anak bujang tak layan nasi malam-malam. Abah ummi pun selalu makan tak habis. Membazir nasi dan lauk yang tak habis. Yang dia nak makan jenis mi. Spageti pun boleh. Pernah masa kat Ipoh hari tu, tengah hari makan mi goreng mamak. Malam makan sate 3 cucuk, koayteow sup dan sesuap dua nasi ayam. Esok pagi sarapan mi goreng lagi, sanggup dia makan lagi!

Sah tak nak nasi. Melainkan di taska. Agaknya makan ramai-ramai dengan kawan, lagi meriah lagi berselera. Balik rumah ada muka ummi abah je.

Berbalik kepada selera makan anak, disebabkan tekak dia begitu sekarang, jadinya sekeluarga dah makan macam dia pulak. Yelah, takkan nak masak banyak-banyak.


Semalam goreng mi. Asalnya saya nak buat mi kuah tapi abahnya request mi kuah pekat macam mi hailam tapi sudahnya macam ni haa. Boleh la makan untuk kami 3 beranak. Walaupun ramai orang dah pandai buat mi goreng, saya tetap nak kongsi cara saya buat. Hehe.

Resipi Mi Goreng Sotong

Bahan-bahan:

1 peket mi kuning - dibasuh dan ditoskan
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris
4-5 ekor sotong hidup - dihiris bulat
4 batang sawi - dipotong dan diasingkan batang dan daun
1 keping tauhu basah - dipotong 
1 biji telur
Sedikit sos cili
Sedikit kicap manis
Air

Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang-bawang hingga layu.
2. Masukkan tauhu, goreng sebentar. <-- Atau goreng dahulu dan ketepikan.
3. Masukkan batang sawi, kacau hingga masak.
4. Masukkan air. Agak-agak kuantiti air, nak mi berkuah bagaimana; pekat atau berair.
5. Masukkan sos cili dan kicap. Saya suka kuah yang berkicap sedikit (warna lebih hitam).
6. Biarkan mendidih. 
7. Masukkan sotong. Biar sotong masak. Sekejap saja sotong nak masak.
8. Masukkan mi. Kacau rata.
9. Masukkan daun sawi. Kacau rata dengan mi dan sotong.
10. Masukkan telur (untuk pekatkan kuah).
11. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah mengikut kesukaan keluarga anda.
12. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng.
13. Sedia dimakan semasa panas. Kalau lambat makan, mi dah kembang, tak best.

*Fuaad meratah tauhu saja. Mi tak nak. Adoi anak ummi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...