Nikmati Nasi Arab tanpa Keluar Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Sekarang ni, nak memasak pun segalanya segera. Yang boleh jimatkan masa di dapur. Tapi bukanlah bermaksud makan makanan segera, cuma penyediaannya telah dimudahkan.

Pek Nasi Kabsah Ayam ni saya cuba semalam. Alhamdulillah sedap. Sold out di rumah mak mentua semalam.

Sekotak boleh dimakan oleh 4-5 orang.

Dalam setiap kotak, dah sedia sepeket beras basmathi dan rempah kabsah dan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lumi.

Kita hanya perlu sediakan bawang besar, bawang putih, cili hijau,  tomato puri, minyak dan garam.

Ikut resipi, ayam dipanggang setelah diperap dengan rempah kabsah. Tapi semalam saya goreng :-)

Lagi lengkap, buat sos harrah dan salad arab sekali. Ummppphhh!

Nak masak, mudah je ikut resipi yang diberikan pada kotak. Ikut saja langkah demi langkah.

Selamat mencuba!

Nasi kabsah ayam dengan salad arab dan sos harrah


Rempah kabsah dan rempah tumis

Pek Nasi Kabsah Ayam


Berminat nak dapatkan pek nasi arab?

Boleh tempah melalui borang pesanan di bawah, atau

PM/SMS/Whatsapp 0194603094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...