Menu Mudah: Ikan Pindang dan Sambal Sotong

Berhujung minggu di rumah mak mertua. Menantu masak apa yang patut. Sedap ke tidak, belakang kira. Yang penting, yakin dan masak dengan rasa kasih sayang. Sudah la sekarang ni hilang deria rasa, masak apa pun main agak-agak sajalah. Tu yang penting, yakin.

Menu makan malam ni, ikan senangin masak pindang, sambal sotong, ikan kembung goreng dan kacang buncis goreng.

Pindang, memang mudah nak masak, tapi kadang-kadang tak menjadi juga. Nak seimbangkan rasa pindang agak tricky juga dan saya pernah buat pindang tak jadi sebelum ni. Entah macam tak cukup rasa. Jadi berhati-hati sikit buat kali ni. Adik-adik ipar kata ok. Bos (suami saya) belum rasa lagi. Nak tau betul menjadi ke tidak, kena dengar komen beliau.

Sambal sotong, senang masak sebab mak mertua dah siap blend cili dengan bawang. Tinggal tumis dan perasakan. Saya dah banyak kali percubaan berjaya-gagal bila bab sambal tumis. Tapi sebab suami dan saya sendiri peminat sambal, terpaksa memandaikan diri. Dah belajar daripada mak mertua pun. Cuma kadang itulah air tangan kan tak sama. Tapi rasa-rasanya lagi sedap dah berbanding dulu. Hehe.

Untuk Fuaad, pindang dan ikan goreng lah. Semoga nak dia makan. Kadang tu leka sangat main tak nak makan. Atau susah sangat kalau ummi suapkan. Nasi di pinggan orang lain juga yang dia nak. Tapi tak apa juga daripada tak makan.

Okey lah, saya pun baru nak rasa apa yang saya masak tadi. Lapar dah.

Selamat menjamu mata!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...