Menangani Perubahan Anak

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber: Google

Anak yang makin membesar memang sangat menguji kesabaran. Ada sahaja benda yang boleh buatkan ibu-ibu sentiasa nak naik angin. Ada sahaja perkara yang buatkan ibu-ibu menjerit.

Anak sepahkan mainan, baju yang dah elok dilipat dikecah-kecahkan, suka nak main kat dapur dan macam-macam lagi yang sememangnya amat menuntut ibu beristighfar dan bawak banyak bersabar.



Fuaad, sejak dah boleh berjalan, banyak akal dia sekarang. Cerdik sangat, semua benda nak dicuba, semua benda nak dijadikan mainan. Dah pandai tunjuk apa yang dia nak, dah pandai geleng dan cakap taknak pada benda yang dia taknak. Kalau nak makan, suka makan ramai-ramai macam di taska. Bila balik rumah, makan mahu tak mahu saja, tambah lagi kalau ummi yang suapkan. Nasib baik dia nak makan dengan abahnya, kalau tak dia rela leka main dan makan sikit-sikit sahaja.

Ikut hati manusia biasa ni, memang la mendidih saja darah tapi dikenangkan macam tulah cabaran mendidik anak dan cabaran mendidik hati sendiri juga. Budak tengah belajar dan membesar, banyak perkara nak dicuba dan diteroka. Tu lah sape suruh bagi minum susu Friso kan? Hehe.

Setiap kali saya rasa nak marah, sama ada saya tinggalkan dia sekejap dan bertenang atau saya akan pujuk atau peluk dia kuat-kuat  dengan kawal suara supaya tak nampak macam marah. Melainkan dia buat tindakan macam pukul ke tampar ke, memang itu saya akan marah dan cakap 'No'. 

Kalau dulu, bila dia sepahkan barang, kita sakit hati dan asyik berulang kali kutip semula, sekarang ni saya cuma biarkan saja dia sepahkan dan kemudian ajar dia kumpul dan simpan semula; atau saya hanya akan kemas bila dia dah tidur. Kalau tidak, saya akan buat kerja yang sama berulang kali dan rugi tenaga. 

Baru saya faham kenapa ibu suka berleter dan selalu nampak asyik nak marah. Sebab ibu kita sama ada yang bekerja atau suri rumah, seharian penat dengan urusan-urusan dan dah tentu mudah naik angin bila anak-anak buat hal (anak yang membesar dan nakal gitu). Maklumlah orang perempuan ni cepat terganggu emosi, tambahan pula kalau urusan-urusannya semua dibuat sendiri tanpa dibantu sesiapa. Tapi, bapa yang prihatin yang bantu ibu akan kurangkan sikit tekanan tadi. Dan walau dalam keadaan apa pun, ibu nak marah sekejap saja. 

Dan bila tengok anak yang semakin hari, makin bijak, hilanglah marah tu dan akhirnya biasa. Betullah kata Puan Masayu Ahmad, ibu yang beranak seorang, lihat dan belajar bagaimana hidup ibu yang beranak dua dan seterusnya. Masa tu baru kita akan rasa bersyukur dan kurang stres.

Semua ibu hebat, sekurang-kurangnya di mata anak kita.

========================================================================

Dapatkan tips dan panduan jadi ibu yang pandai mengurus stres dan menguruskan rumah tangga dengan efisien dan efektif melalui ebook Super WAHM Super Mom. Perkongsian pengalaman ibu-ibu yang melalui cabaran yang sama tetapi dari perspektif yang berbeza. 

Promosi bulan Mei - pakej ebook Super WAHM Super Mom DAN 101 Idea Home-based Bisnes dengan hanya RM50 sahaja (harga asal RM80).

Tempah naskhah ebook anda dengan menghubungi:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online 
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
019-4603094

Dapatkan lebih tips dan panduan menjana pendapatan secara online dengan like Facebook Tip Bisnes Online.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...