Jelajah Ipoh (Bahagian 2)

Rentetan penjelajahan Ipoh.

Abah mentua kirimkan limau bali. Hmm memang sinonim sangat la Ipoh dengan buah ni. Sampaikan ada satu tempat yang khas untuk jual limau bali saja.

Hentian Limau Tambun.

Dekat jugak dah dengan exit Simpang Pulai. Ada satu deretan kedai. Produk utama dah tentu lah limau bali, tapi kebanyakannya ada jugak jual biskut dan kacang, Cap Tangan. Yang menariknya, kacang ni dijual dalam tin macam tin biskut. Agaknya sebab kacang ni datang dari Menglembu, yang tak jauh dari Ipoh ni. Kat Shah Alam tak pernah lagi jumpa kacang dalam tin. Maaf gambar tak ada. Tin kacangnya ada di rumah mak mentua.

Strategi peniaga limau, nampak orang parking kereta je, dah terus sedia depan pintu. Dan dah siap sedia dengan buah limau yang dah dihiris kecil untuk sampel. Maklum la limau bali ni setahu saya ada dua jenis, yang isi putih dan isi merah.

Yang isi putih lagi sedap dan manis. Yang isi merah selalunya sedikit tawar.

Setelah merasa, terus beli dua biji. Sebiji RM20.

Gugusan limau bali

Oklah jugak rasanya. Lagi sedap, dah kupas, simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk, cicah dengan kicap -- sedap juga. Fuaad pun kemain lagi nak makan. Tak pernah rasa la katakan.

Nak balik ke KL, kami ikut exit Simpang Pulai. Alhamdulillah jalan lengang. Dalam 2 jam setengah dah sampai destinasi iaitu Gombak sebab nak hantar adik. Singgah makan tengah hari di kedai ayam penyet.

Sedap.

Nantilah saya cerita pasal penyet pula ye :)

Apapun, siapa yang nak jalan-jalan tengok bangunan lama, nak pergi tempat yang bertenang (pada saya), suka yang antik dan klasik, dan juga 'rare', boleh ke Ipoh. Tak jauh pun dalam 2 1/2 jam perjalanan dari KL.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas online asas blog dan penulisan serta blog bisnes masih dibuka pendaftaran. Pertanyaan dan pendaftaran kelas boleh menerusi borang pesanan di bawah atau;

PM/SMS/Whatsapp Hifzaila 0194603094

Like di Facebook: Tip Bisnes Online



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...