Jelajah Ipoh (Bahagian 1)

Ipoh. Bandar yang dekat di hati saya. Nostalgia.

Satunya, sebab saya dilahirkan di Ipoh. Duanya, banyak perkara di Ipoh yang mengingatkan saya pada arwah ayah, mak dan kakak.

Tapi Ipoh sekarang tak sama beberapa tahun dulu. Dah happening dah sekarang :-)

Saya bermalam di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Makan malam kena cari sendiri.

Jadinya berpusing-pusing keliling bandar nak cari port makan yang best. Mula ingat nak singgah Mi Rebus Ramli tapi tak jumpa kedainya. Pusing sampai sesat terjumpa satu tempat makan macam meriah. Terus singgah.

Kat MBI Terrace. Depan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Berbaris panjang gerai kat situ. Berhadapan Jakel pulak tu. Eh.

Kebanyakan gerai jual char koay teow. Memang menu hampir sama je. Yang bezanya, layanan kat pelanggan dan tahap kebersihan gerai.

Menu bernama unik tapi pada saya sedapnya biasa saja. Tapi yang penting kita enjoy makan kat situ.
Saya makan di gerai Jaka. Order nasi ayam, nasi goreng pattaya banjir, nasi goreng ayam lada kering dan yong tau foo. Air special, air jagung 3 layer.

Kalau diperhatikan, memang menu biasa tapi bila diolah jadi unik, nampak menarik. Sebenarnya kita boleh jadikan perkara yang biasa jadi luar biasa. Bergantung pada tahap kekreatifan kita.

Bersambung kisah di Ipoh dalam Bahagian 2 dan 3. Kisah limau bali dan pentingnya menjaga kualiti makanan di hotel.

Berminat untuk mendaftar kelas blog online, atau ingin saya binakan blog untuk anda, silakan.
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
0194603094

Nasi goreng ayam lada kering

Nasi ayam

Air jagung 3 layer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...