Cara Menghalau Tikus dalam Rumah

Sejak akhir-akhir ni, bukan main bermaharajalela tikus bersimpang-siur dalam rumah saya. Laju je melintas dari dapur ke bilik air, menyelinap di bawah pintu.

Memang sakit jiwa!

Seperti yang kita sedia maklum, tikus memang sangat bahaya kalau ada dalam rumah. Selain daripada kotor, bau yang tak menyenangkan, tikus juga merupakan ejen penyakit. Ejen penyakit memang tak bermanfaat langsung, ejen jual makanan tak apa ya.

Jadi, huru-hara kami sekeluarga di rumah sekarang. Nak buat apa pun sentiasa risau. Dengan anak kecil lagi. Jadinya kami dah isytihar Ops Perangi Tikus; yang mana hujung minggu ni akan berjalan operasi pembersihan rumah besar-besaran sekaligus menyahkan musuh-musuh ini.

Tapi, langkah pencegahan juga akan tetap dijalankan. Supaya tikus-tikus takkan kembali dan bermastautin pulak.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk menghalau tikus:

1. Meletakkan daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Katanya berkesan, cuma susah sikit nak cari daun ni. Tapi adik ipar saya memang guna cara sebegini dan alhamdulillah menjadi. Cuma nak mengimport daun durian belanda daripada seorang lagi adik ipar di Labuan. Kalau dia balik kampung, boleh lah.

2. Menabur biji lada hitam. Bau lada hitam boleh menghalau tikus. 

3. Menyembur cecair serai wangi. Dah banyak jenama di pasaran. Bukan setakat tikus, serangga lain pun boleh dihalau juga. Cara ni pun ok sebab bahan yang kita guna bukan bahan kimia, serai wangi pilihan bahan semula jadi dan kurang bahaya. Cuma kena tahan sikit baunya.

4. Meletakkan perangkap tikus. Cara yang paling klasik, umpan tikus dengan ikan masin. Dah kena perangkap, kenalah sanggup buang ye.

5. Menggunakan pelekat tikus. Kaki tikus akan melekat di pelekat dan tak boleh lari dah. Cuma risiko kalau tikus tetap berjaya terlepas. Mungkin tikus yang jenis gagah boleh melepaskan diri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...