Berhenti Membuat Anggapan

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Kita selalu beranggapan orang lain lebih baik hidupnya berbanding kita. Betul ke macam tu?



Dia banyak duit, tak payah susah-susah nak kerja, duduk di rumah banyak masa, suami kerja besar, dan macam-macam lagi yang 'baik' sahaja tentang orang itu sedangkan kita tak tahu dia juga ada masalah dia sendiri. Dia juga ada cabaran dan kesusahan yang agaknya lebih lagi daripada kita. Kita nakkan kesenangan dia, tapi mahukah kita pakej sekali kesusahan dia tu pada kita? Agaknya lah, kalau kita berada di tempat dia, mungkin kita tak sanggup pun nak lalui pengalaman dia.

Begitulah bila kita sentiasa rasa orang lain sentiasa lebih baik daripada kita.

Saya pun sering kali berperasaan begitu. Memang saya tak nafikan. Fitrah manusia, sentiasa rasa yang baik dan elok tu semua yang ada pada orang. Sedangkan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yan kita ada.

Kata Aa Gym, kita tidak sepatutnya takut dengan rezeki yang kita tak ada, tetapi perlu takut jika kita tidak mensyukuri rezeki yang kita ada.

Sentap hati saya mendengarnya. Memang kita perlu sentiasa muhasabah diri dan membaiki diri setiap hari.

Jadi, berhenti memberi alasan dan beranggapan yang orang lain sentiasa lebih baik daripada kita. Kita juga ada kekuatan kita sendiri, dan guna kekuatan itu untuk menjadi lebih baik. Setiap orang melalui kesusahan dan kesenangan sepanjang hidup. Mahu tak mahu, kita terpaksa harungi. Cuma bagaimana kita memandang dan mengendalikan setiap cabaran yang datang yang menentukan siapa kita akan jadi seterusnya.

Sama-sama ingat-mengingati. Setiap kita tak sempurna, tapi sentiasa boleh membaiki diri dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Ubah sikap, ubah mentaliti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...