Mengapa Perlu Berbisnes?

Saya sebetulnya, tak pandai pun nak berbisnes. Yang saya nampak, saya akan tetap bekerja, atau paling kurang jika saya betul-betul ambil keputusan nak jadi wahm, saya mungkin akan cergaskan aktiviti freelance saya untuk bantu ekonomi keluarga.

Bisnes? Tak terlintas langsung sebab dah mindset kata 'aku mana reti nak meniaga-niaga ni'.

Semua bermula awal tahun ini, bila saya rasakan segala-galanya berkos tinggi, aliran kewangan keluarga sentiasa cukup-cukup makan. Ini baru anak seorang. Bukan maksud saya anak tu menambah beban, ada anak lagikan bertambah murah rezeki. Maksud saya, perbelanjaan untuk seisi rumah bertambah sedangkan pendapatan hakiki tak pula seiring. Kos taska, lampin (alternatif akan datang: lampin kain), susu (alhamdulillah menyusu badan jadi susu formula tak perlu banyak), perubatan. Semuanya kena bayar.

Betul, 5 tahun pertama dalam perkahwinan, diuji dengan cabaran ekonomi. Tapi, bertabahlah dengan ujian itu. Bukan perlu difikir kenapa orang lain banyak duit, fikirkan bagaimana kita pun nak ada banyak duit - macam dia.

Bermula sebagai pengguna suatu produk kesihatan hingga akhirnya terjebak menjalankan bisnes itu. Juga dalam masa yang sama bermula dengan cita-cita nak HANYA menulis blog dengan mendaftar kelas asas blog secara online, tetap juga terjebak dengan bisnes bila mana kedua-duanya ada saling kaitan rupanya. 

Tapi tak rugi pun. Menyesal pun tak. Bahkan saya sangat teruja dan bersyukur Allah detikkan hati saya untuk memberanikan diri buat perkara yang sebelumnya saya tak suka dan tak yakin. 

Saya yakin dengan keputusan saya kerana sokongan suami, bimbingan dan kepercayaan daripada mentor-mentor saya, dan juga mentor kepada mentor-mentor saya. Memang betul, hidup kita hari-hari perlu diisi motivasi. Dan kesemua peringkat mentor inilah motivasi saya setiap hari. 

Jadi, tak perlulah hari-hari kita dok renung kenapa gaji sentiasa tak cukup. Setiap yang sukar ada jalan keluar. Doakan Allah temukan kita dengan orang-orang yang mampu mendekatkan kita dengan matlamat kita. Saya dan suami juga masih bertatih tapi akan sentiasa memperbaiki status kewangan kami. Insya Allah.

Sampai bila nak kerja makan gaji dan kerja dengan orang lain sedangkan kita sebenarnya mampu bekerja sendiri? 

Mulakan dengan sambilan. Belajar daripada yang kecil-kecil. Matlamatkan yang besar.

Berkongsi nota Irfan Khairi tentang semut dan keldai - Mengapa Perlu Pilih untuk Berniaga?




Pilihan di tangan kita.

Selamat hari Khamis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...