Mendidik Hati Ummi

Kadang-kadang dalam waktu sibuk kita dengan tugas seharian di pejabat, urusan rumah tangga, kita terlupa tentang anak.

Bukan maksud saya kita lupakan anak kita terus, kita mungkin terlepas pandang beberapa perkara yang berlaku pada anak dek sibuk sangat dengan urusan-urusan lain.

Sebenarnya anak sentiasa memerhati apa yang kita buat. Dia mungkin tak faham, tapi dia akan ikut apa yang kita selalu buat. Sebab tu penting kena buat sesuatu yang baik depan anak. Anak cepat mengikut (duplicate).

Muhasabah diri saya sebenarnya. Kadang-kadang kita mungkin terleka sikit, tapi bila tersedar tu, kita cuba untuk cepat-cepat ubah.

Ada juga masa saya tak dapat kawal suara bila dengan lajunya si kecik saya merangkak laju nak masuk dapur. Faham sajalah, segala bahaya ada kat dapur. Dulu hanya pandai merangkak masuk saja, sekarang ni dah boleh berdiri nak buka laci. Tangan pun dah boleh cecah tombol dapur gas.

Macamana saya tak menjerit...tapi cuba didik hati jangan keluarkan suara. Tarik nafas panjang-panjang, minum air, dukung dia letak kat ruang tamu. Sepahkan buku-buku dan mainan yang dia suka -- terleka dia kejap.

Tapi lepas tu dia explore benda lain pulak lah. Budak tengah bijak, kadang-kadang memang hilang sabar juga nak layan tapi macam tu lah bila dah jadi mak.




Ada masanya, malam saya baring aje sebelah dia sambil dia tengok tv. Kadang-kadang baca majalah sama-sama, tengok gambar-gambar dia di telefon. Tinggal kejap hal rumah. Kadang-kadang suami dah tolong uruskan hal rumah mana yang patut. Jadi saya boleh layan anak main sambil-sambil praktis dia berjalan.

Malam, bukannya lama sangat masa yang kita ada dengan dia. Pukul 9-10 dia dah mula mengantuk. Sebenarnya, dalam sehari kita hanya ada beberapa jam saja dengan keluarga. Kita mungkin terlepas semua yang pertama bagi dia. Tapi alhamdulillah saya dapat tengok sendiri perkembangan anak saya masa saya jadi wahm dulu. Pertama kali meniarap, duduk, merangkak, berjalan.

Memang tak semua orang dapat peluang ni, tapi tak bermakna takkan ada peluang lagi di masa akan datang.

Walau apapun pilihan kita, pilih yang terbaik. Hanya kita yang tahu. Orang hanya boleh bercakap dan komen. Komen yang baik, kita ambil. Yang tidak, abaikan dan maafkan lah saja dia.

Semoga kita jadi mak yang sentiasa terbaik di mata anak-anak kita, dengan cara kita sendiri :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...