Impak Belajar Buat Blog

Seronok pagi tadi. Sebab suami tercinta cuti, jadinya menghantar kami dua beranak - Fuaad ke taska, saya ke pejabat.

Fuaad, macam kebanyakan Isnin, bila sampai je taska, tengok ummi dah berlalu tu...mula la cebik. 

Sindrom hari Isnin. Maklumlah dua hari dia di rumah, bangun pukul 9. Bangun-bangun je Ummi Abah depan mata. Main kat rumah, lepas tu keluar jalan-jalan. Nak-nak pulak kalau hujung minggu tu balik rumah Wan...puas hati bergusti dengan kakak dan abang sepupu. 

Tup-tup Isnin kena pergi taska lagi.

Sabarlah anak. Nanti akan sampai masa Fuaad tak payah dah dok taska lama-lama macam sekarang ni.

Doakan bisnes Ummi Abah berjaya nanti kita home-schooling!

Hujung minggu lepas, bawak balik kain pasang berbondong-bondong ke umah mak. Kalau dulu, saya yang teruja pilih-pilih kain kalau kawan serumah bawak, kali ni saya pulak yang tukang bawak balik kain-kain. Walaupun kurang arif tentang kain, tapi bila dah terceburkan diri macam ni, belajar pasal kain la pulak.

Seronok juga. Ada la juga yang berkenan nak sambar sepasang dua. Nak buat pergi kerja, nak pergi kenduri, nak buat raya :)

Alhamdulillah. 

Begini seronoknya berbisnes (kalau orang beli bertambah seronok). Walaupun mula kecil-kecil, elok daripada tak mula langsung atau tak pernah nak mencuba. Biasa lah bisnes ada naik turun tapi kita tetap masih boleh berusaha dan rezeki kita tak tahu Allah nak kurniakan daripada mana, daripada siapa Allah salurkan.

Penyakit nak berbisnes ni nampaknya dah berjangkit ke suami saya. Apa saja yang lalu depan kami sekarang ni, semua kami anggap sebagai potensi bisnes. Haha.

Macam ni impak masuk kelas blog. Asalnya nak tulis blog saja, terus terjebak dengan bisnes. Untungnya.

Semoga Allah murahkan rezeki kami dan anda semua juga. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...