Anak Penyeri Pagi

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber imej: Carian Google

Pagi ini, anak bujang saya bangun awal, bangun sendiri. Mujur abahnya nampak dia dah nak mula merangkak keluar bilik, kalau tak, risau kalau-kalau terlanggar kipas. Selalu dia tak bangun awal macam ni.

Bila dia dah bangun tu, huru-hara sikitlah ummi abahnya. Sebab nak kena tengok-tengokkan dia takut merangkak sampai ke dapur. Selalu kami dah bersiap baru kejutkan dia. Hari ini, dia bangun minum air, saya sempat susukan dia sekejap, makan biskut sambil tengok tv. Alhamdulillah tak banyak kerenah dia pagi ini.

Dalam perjalanan ke taska pun, selalunya dia diam aje tengok keadaan kat luar. Bas kilang, lori, kereta, van sekolah. Bila berhenti kat lampu insyarat merah je dia bersuara. Tak suka kereta berhenti, agaknya. Jadi, saya cerita kat dia: Lampu isyarat merah, kita kena berhenti. Dah hijau nanti kita jalan ya. Mahu la dia diam sekejap. Hehe.

Sempat singgah beli kuih untuk sarapan dia tadi. Kuih ketayap + apam. Makcik jual kuih pun sempat dia tegur. Senyum-senyum lagi. 

Sampai je kat taska, dah sengih-sengih tengok kawan dok main. Masa saya nak gerak ke tempat kerja, saya lambai dia dari dalam kereta. Dia lambai semula dengan dua-dua belah tangan sambil senyum-senyum. 

Jarang nak dapat momen begitu.

Indah pagi saya hari ini. 

Ummi abah doakan Fuaad sihat-sihat sahaja.

Jadi anak yang soleh, cerdik pandai, dengar nasihat. Doakan ummi abah selalu ya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...