Akhirnya Kena Catu Juga

Bangun pagi, macam biasa, tuju ke bilik air.

Dengan yakin buka paip air...eh kenapa air tak keluar? 

Pulas kepala paip sampai habis, masih tak ada air keluar.

Air kena catu lah ni.

Oh akhirnya rumah saya terlibat dalam catuan air setelah sebulan lepas langsung tak kena catu (walaupun kawasan rumah terlibat dalam jadual catuan). Mungkin simpanan tangki masih ada waktu tu, atau sebetulnya kawasan rumah memang tak dicatu pun sebelum ini, saya pun tak tahu.

Nasib baik ada 2 tong air Ferus dah tadahkan. Mandi runcit-runcit saja lah ya :)

Patutlah semalam tergerak hati nak buat stok air tapis. Simpan dalam botol. Kumpul baju kotor nak hantar dobi.

Macam tau-tau saja hari ni tak ada air.

Dengar kat radio IKIM tadi, katanya catuan air tetap diteruskan hingga 30 April, walaupun hujan dah mula turun. Mungkin hujan tak turun di empangan, atau disebabkan kekeringan yang agak melampau sebelum ni, ambil masa sikit empangan nak betul-betul penuh atau pulih untuk bekalkan air seperti biasa.

Empangan bukannya kecil-kecil anak. Dah tu nak bekal air ke seluruh Selangor ni, faham-faham sajalah ya. Populasi pesat dan padat.

Ni pun kat taska Fuaad, mak ayah bekalkan air masing-masing untuk anak mandi. Tak cukup harapkan air tadahan kat taska saja. Saya pun angkut sebotol air yang 5 liter tu untuk kegunaan Fuaad mandi. Harap-harapnya dah tak gatal la badan dia tu.

Teruk naik bintik merah macam campak, tapi alhamdulillah bukan.

Agaknya sebab kurang air atau air tercemar ni yang buat kulit Fuaad gatal-gatal, ruam begitu. Wallahua'lam.

Cepatlah hapus catuan air ni, susah jugak bila air tak ada. Nak masak dan aktiviti yang sewaktu dengannya akan ambil masa sikit, sekaligus membuatkan kita letih berganda.

Apa kata malam ni kita makan luar saja ye, suamiku. Hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...